CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Selamat Datang Ke Blog ROSLEE RNUR ENTERPRISE,Felda Palong 12, Negeri Sembilan. Sokongan dari anda semua amat kami hargai. Terima Kasih.

Ahad, 30 September 2012

Crochet Brooch

Assalamualaikum dan Salam Ceria...

ROSLEE RNUR Enterprise telah menjual Crochet Brooch secara offline. Sambutan amat menggalakkan. Jadi kami ingin mengembangkan lagi hasil craft kami di Online pula. Semoga mendapat sambutan yang memberangsangkan. Amin.... Untuk tempahan online, jangan lupa isi borang tempahan. Klik DISINI yer.... TERIMA KASIH....

RM3.00 / pcs
RM3.00 / pcs
RM3.00 / pcs - SOLD
RM3.00 / pcs
RM2.50 / pcs
RM2.50 / pcs - SOLD
Harga Promosi. Stok adalah terhad untuk 5 customer terawal.
RM5.50 / 2pcs  RM4.50 / 2pcs
SOLD OUT


HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN....

RN'Online Shop :

Rabu, 26 September 2012

Gubahan Dari Kain Pelikat

Assalamualikum Dan Salam Ceria...

Kami pernah memasuki beberapa pertandingan gubahan. Menang kalah soal ke dua. Yang penting kami nak mengetengahkan hasil gubahan kami. Terima kasih kepada Puan Roha yang memberi kepercayaan kepada kami. Walaupun menang saguhati, tetap dapat hadiah... Janji kami telah mencuba buat yang terbaik.

Lipatan baju kemeja dari kain pelikat
Lipatan terompah dari kain pelikat


Jumaat, 14 September 2012

Hantaran Bertemakan Kuning Dan Hitam

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Kali ini kami mendapat tempahan gubahan hantaran perkahwinan yang bertemakan Kuning dan Hitam. Tempahan dari Aisyah untuk bapa saudaranya. Kali ini customer kami telah membeli semua bahan-bahan untuk digubah. Kami cuma perlu menggubah mengikut bahan yang telah disediakan. Caj yang dikenakan amat berpatutan. Hasilnya adalah seperti gambar dibawah.


Gubahan beg tangan dan kasut

Gubahan bunga dari telekung dan Al-Quran
Gubahan baju kurung
3 polistren kosong yang siap digubah
Bakul untuk buah-buahan
Gubahan untuk jam tangan
TERIMA KASIH DARI ROSLEE RNUR ENTERPRISE.

Sabtu, 1 September 2012

Hantaran Bertemakan Biru Pink

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Hantaran pertunangan untuk Encik Muhamad Rohaizat kepada tunangnya Cik Juliana. Tema yang dipilih ialah Biru dan Pink


Sirih junjung 


 Gubahan bunga dari telekung

Bakul buah-buahan

Gubahan manisan (gula-gula dan coklat yang dibuat khas oleh adik admin)

Gubahan set Safi Balqis

 Gubahan jam, cincin dan bunga duit sebagai simbolik hantaran