CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Selamat Datang Ke Blog ROSLEE RNUR ENTERPRISE,Felda Palong 12, Negeri Sembilan. Sokongan dari anda semua amat kami hargai. Terima Kasih.

Sabtu, 16 Mac 2013

Kad Kahwin ~ TQ Uncle Manoharan



Assalamualaikum dan Salam Ceria Semua...

Awal bulan Mac, kami menerima tempahan dari Uncle Manoharan. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk membuat kad perkahwinan anak perempuan beliau.

Kad perkahwinan ini katanya khas untuk kawan-kawan yang berbangsa Melayu dan Cina. Uncle memilih kad berwarna kuning. lemon. Nampak terang sikit katanya.

 

Thank you uncle....



Ahad, 10 Mac 2013

BLOG For Customer

Assalamualaikum dan Salam Ceria semua...

Alhamdulillah, rezeki datang lagi walaupun kesihatan tidak mengizinkan. Semalam baru siap buatkan BLOG untuk customer saya, Puan Ayu. Terima kasih yer sebab memberi kepercayaan untuk akak untuk "deko"kan blog Ayu.

Puan Ayu ialah seorang pelukis Henna yang berbakat. Memang cantik-cantik lukisan Henna nya. Terpegun saya melihatnya. AYU HENNA BRIDAL menerima tempahan melukis Henna untuk pertunangan, perkahwinan, perayaan dan sesiapa sahaja yang berhajat hendak memakai Henna samada ditangan atau dikaki atau dimana sahaja anggota badan.... Hehehehehe... panjang betul penerangan.

Ok kawan-kawan... mari kita sokong AYU HENNA BRIDAL untuk terus berjaya....

Klik pada gambar diatas untuk ke Blog AYU HENNA BRIDAL


 DAN!!!!! kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki blog sendiri tapi tak tahu nak buat, jangan malu, jangan segan, saya sedia memberikan perkhidmatan untuk anda dengan harga yang berpatutan....