CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Selamat Datang Ke Blog ROSLEE RNUR ENTERPRISE,Felda Palong 12, Negeri Sembilan. Sokongan dari anda semua amat kami hargai. Terima Kasih.
Memaparkan catatan dengan label Hantaran dan Gubahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hantaran dan Gubahan. Papar semua catatan

Selasa, 20 Mei 2014

H.A.L.W.A Betik Dan Lobak

Assalamualaikum Dan Salam Ceria...

Bulan lepas kami menerima tempahan Halwa dari customer kat Jengka, Pahang. Alhamdulillah....


Jumaat, 21 Jun 2013

Hantaran Tema Pink dan Biru

Assalamualaikum Dan Salam Ceria,

Alhamdulillah, Selamat pengantin baru Encik Mohamad Rohaizat dan Puan Norjuliana. 
Encik Rohaizat memilih tema Pink dan Biru. Lagipun sekarang memang HOT warna tersebut. So, kami memilih untuk menghias barang hantaran dengan Bunga Cornation warna pink dan Bunga Ros yang kecil yang berwarna biru. Untuk renda dan cover dulang pula kami memilih warna biru terang.. 











Sabtu, 10 November 2012

Tempahan Cupcake...

Assalamualaikum dan Salam Ceria semua...

Alhamdulillah 2 minggu lepas kami menerima tempahan Cupcake daripada Jengka, Pahang. Terima kasih Pn.Zura. Cupcake ni nak dijadikan hantaran untuk adindanya yang tercinta pada 10/11/2012.

Untuk hantaran, kami buat ikut kehendak customer. Pn.Zura meminta cupcake diletakkan ditengah-tengah dan dikelilingi oleh bunga yang berwarna hijau beserta bunga kecil berwarna putih dan kuning. Hasilnya adalah seperti dibawah ni...

Untuk cupcake pula, kami membuat cupcake menggunakan cup bersaiz "L". Oleh kerana cupcake ini akan meneruskan perjalanan dari Palong, N.Sembilan ke Jengka, Pahang, kami mencadangkan kepada Pn.Zura untuk menggunakan Fondant icing. Kalau guna butter cream, dikuatiri akan cair pula icing nya bila sampai Jengka, Pahang.
Harga cupcake+fondant+simple deco= RM3.00
Cup size "L"

Terima Kasih .....


Rabu, 10 Oktober 2012

Hantaran Bertemakan Pink Dan Maroon

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Gambar ni dah lama, tapi baru nak upload ke blog. Gubahan hantaran bertemakan Pink dan Maroon. Simple tapi menarik. Hantaran Cik Rosnani kepada Suami tercinta.

Set dompet dan tali pinggang
Kemeja dan seluar panjang
Sepasang kasut
  

Rabu, 26 September 2012

Gubahan Dari Kain Pelikat

Assalamualikum Dan Salam Ceria...

Kami pernah memasuki beberapa pertandingan gubahan. Menang kalah soal ke dua. Yang penting kami nak mengetengahkan hasil gubahan kami. Terima kasih kepada Puan Roha yang memberi kepercayaan kepada kami. Walaupun menang saguhati, tetap dapat hadiah... Janji kami telah mencuba buat yang terbaik.

Lipatan baju kemeja dari kain pelikat
Lipatan terompah dari kain pelikat


Jumaat, 14 September 2012

Hantaran Bertemakan Kuning Dan Hitam

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Kali ini kami mendapat tempahan gubahan hantaran perkahwinan yang bertemakan Kuning dan Hitam. Tempahan dari Aisyah untuk bapa saudaranya. Kali ini customer kami telah membeli semua bahan-bahan untuk digubah. Kami cuma perlu menggubah mengikut bahan yang telah disediakan. Caj yang dikenakan amat berpatutan. Hasilnya adalah seperti gambar dibawah.


Gubahan beg tangan dan kasut

Gubahan bunga dari telekung dan Al-Quran
Gubahan baju kurung
3 polistren kosong yang siap digubah
Bakul untuk buah-buahan
Gubahan untuk jam tangan
TERIMA KASIH DARI ROSLEE RNUR ENTERPRISE.

Sabtu, 1 September 2012

Hantaran Bertemakan Biru Pink

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Hantaran pertunangan untuk Encik Muhamad Rohaizat kepada tunangnya Cik Juliana. Tema yang dipilih ialah Biru dan Pink


Sirih junjung 


 Gubahan bunga dari telekung

Bakul buah-buahan

Gubahan manisan (gula-gula dan coklat yang dibuat khas oleh adik admin)

Gubahan set Safi Balqis

 Gubahan jam, cincin dan bunga duit sebagai simbolik hantaran


Isnin, 2 April 2012

Hantaran Bertema Biru Laut dan Putih

Assalamualaikun dan salam ceria,

Kat bawah ni hantaran perkahwinan yang bertemakan biru laut dan putih. Tempahan dari Encuk Shaiful Khairuddin (Batu Pahat, Johor). Terima kasih atas tempahan anda...