CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Selamat Datang Ke Blog ROSLEE RNUR ENTERPRISE,Felda Palong 12, Negeri Sembilan. Sokongan dari anda semua amat kami hargai. Terima Kasih.

Ahad, 30 September 2012

Crochet Brooch

Assalamualaikum dan Salam Ceria...

ROSLEE RNUR Enterprise telah menjual Crochet Brooch secara offline. Sambutan amat menggalakkan. Jadi kami ingin mengembangkan lagi hasil craft kami di Online pula. Semoga mendapat sambutan yang memberangsangkan. Amin.... Untuk tempahan online, jangan lupa isi borang tempahan. Klik DISINI yer.... TERIMA KASIH....

RM3.00 / pcs
RM3.00 / pcs
RM3.00 / pcs - SOLD
RM3.00 / pcs
RM2.50 / pcs
RM2.50 / pcs - SOLD
Harga Promosi. Stok adalah terhad untuk 5 customer terawal.
RM5.50 / 2pcs  RM4.50 / 2pcs
SOLD OUT


HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN....

RN'Online Shop :

Rabu, 26 September 2012

Gubahan Dari Kain Pelikat

Assalamualikum Dan Salam Ceria...

Kami pernah memasuki beberapa pertandingan gubahan. Menang kalah soal ke dua. Yang penting kami nak mengetengahkan hasil gubahan kami. Terima kasih kepada Puan Roha yang memberi kepercayaan kepada kami. Walaupun menang saguhati, tetap dapat hadiah... Janji kami telah mencuba buat yang terbaik.

Lipatan baju kemeja dari kain pelikat
Lipatan terompah dari kain pelikat


Jumaat, 14 September 2012

Hantaran Bertemakan Kuning Dan Hitam

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Kali ini kami mendapat tempahan gubahan hantaran perkahwinan yang bertemakan Kuning dan Hitam. Tempahan dari Aisyah untuk bapa saudaranya. Kali ini customer kami telah membeli semua bahan-bahan untuk digubah. Kami cuma perlu menggubah mengikut bahan yang telah disediakan. Caj yang dikenakan amat berpatutan. Hasilnya adalah seperti gambar dibawah.


Gubahan beg tangan dan kasut

Gubahan bunga dari telekung dan Al-Quran
Gubahan baju kurung
3 polistren kosong yang siap digubah
Bakul untuk buah-buahan
Gubahan untuk jam tangan
TERIMA KASIH DARI ROSLEE RNUR ENTERPRISE.

Sabtu, 1 September 2012

Hantaran Bertemakan Biru Pink

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Hantaran pertunangan untuk Encik Muhamad Rohaizat kepada tunangnya Cik Juliana. Tema yang dipilih ialah Biru dan Pink


Sirih junjung 


 Gubahan bunga dari telekung

Bakul buah-buahan

Gubahan manisan (gula-gula dan coklat yang dibuat khas oleh adik admin)

Gubahan set Safi Balqis

 Gubahan jam, cincin dan bunga duit sebagai simbolik hantaran


Isnin, 13 Ogos 2012

Tempahan Kerepek 2012

Lagi seminggu kita akan menyambut Bulan Syawal. Alhamdulillah, ROSLEE RNUR Ent. juga mendapat tempahan kerepek yang banyak. Hari ini proses pembungkusan kerepek yang telah ditempah oleh pelanggan. Ada juga pelanggan yang membuat tempahan disaat-saat akhir walaupun tarikh tempahan dah berakhir. Apapun kami akan usahakan untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Berikut ialah gambar kerepek yang telah siap dibungkus:

 Kerepek yang telah dibungkus untuk jualan harian di kedai.


Kerepek untuk tempahan raya.

Jumaat, 13 Julai 2012

Kerepek Warisan Kampung

ROSLEE RNUR Ent. ada menjual kerepek untuk pelanggan kami. Kami membeli pelbagai jenis kerepek terus dari pengilang di Johor. Harga yang kami tawarkan amat berpatutan dan memuaskan hati. Sambutan dari pelanggan amat menggalakkan. Setakan ini kami menjalankan perniagaan kerepek secara offline dan menerima tempahan sekiranya ada.

Berikut ialah senarai harga kerepek untuk jualan Hari Raya 2012.

Ahad, 24 Jun 2012

Bisnes Sendiri

Anda berminatuntuk menjadi Usahawan? Klik Disini untuk merebut peluang yang ada. Ramai orang yang masih dalam fasa mencari-cari peluang untuk memulakan perniagaannya sendiri. Ada yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan ada yang menjalankannya secara sambilan (part time). Itu semua bergantung kepada kemampuan masing-masing. Mereka yang berjaya dalam perniagaan adalah mereka yang benar-benar berniaga.

Setiap perniagaan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Terdapat beberapa tips untuk berjaya dalam perniagaan. Antaranya :

1. Mempunyai minat, bakat berniaga dan dorongan yang kuat mahu hidup berdikari.
2. Mempunyai keperibadian yang bersih dari sudut kredibiliti terutama sekali sentiasa berkata benar.
3. Mempunyai produk ataupun perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan orang lain.
4. Sentiasa merebut peluang yang ada untuk terus maju dalam perniagaan.
5. Ada sumber modal milik peribadi bagi membiayai perniagaan.