CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Selamat Datang Ke Blog ROSLEE RNUR ENTERPRISE,Felda Palong 12, Negeri Sembilan. Sokongan dari anda semua amat kami hargai. Terima Kasih.

Rabu, 31 Julai 2013

Kerepek Raya 2013

Assalamualaikum dan Salam ceria...

Insya'allah kita akan menyambut Hari Raya tak lama lagi. Rasa cepat betul Ramadhan kali ini. Alhamdulillah...

Hari ni kami sudah mula process packing kerepek yang telah ditempah oleh customer.... Masih ada lagi yang belum packing... Insya'allah kami akan sambung esok.

Kepada kawan-kawan yang dok dekat2 sini (Felda Palong 12/13) bolehlah datang untuk membeli kerepek dari kami dengan harga yang berpatutan.


Kerepek yang dah siap packing
 
Kerepek untuk customer yang dah booking...


Jumaat, 19 Julai 2013

Novel Kampung Girl....

Assalamualaikum dan salam ceria,

Saksikan "Kampung Girl" Slot Lestary yang di tayangkan di TV3 setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam. 


ATAU

Dapatkan Novel Kampung Girl  sekarang. FREE POSTAGE... Klik DISINI untuk tempahan atau boleh PM di FB kami RN'Online Shop.





Harga Semenanjung : RM21.00
Harga Sabah/Sarawak: RM24.00
** Harga termasuk kos penghantaran

Sinopsis:

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.

“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.

“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.

Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.

“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?


Ahad, 14 Julai 2013

Kawaii Brooch untuk Hari Raya

Asslamualaikum dan salam ceria semua...

Kini RN'Online Shop telah memulakan semua operasi kraf setelah lama menyepi. Terima kasih atas sokongan anda semua...


Alhamdulillah, Kawaii Brooch ni mendapat sambutan tidak kira usia. Insya'allah, kami akan pelbagaikan pattern Kawaii Brooch kami dari masa ke semasa. 

Anda juga boleh lawati kami dia FB RN'Online Shop


RM 5.00 / pcs

RM 5.00 / pcs

RM 5.00 / pcs

RM 4.00 / pcs

RM 4.00 / pcs

RM 4.00 / pcs

Jumaat, 12 Julai 2013

Tepung Snow Cheesecake

Assalamualaikum dan salam ceria semua...

Hari ni nak perkenalkan Tepung Kek yang baru keluaran Farin. Kepada sesiapa yang menggemari Snow Cheesecake, dapatkan tepung kek segera dengan harga yang amat berpatutan. Sekali cuba, pasti akan order lagi.... 


Sila klik DISINI untuk tempahan atau boleh PM kami di FB RN'Online Shop.


Hanya RM 12.00 / pek 
(tidak termasuk kos penghantaran).