Assalamualaikum dan salam ceria,
Saksikan "Kampung Girl" Slot Lestary yang di tayangkan di TV3 setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam.
ATAU
Dapatkan Novel Kampung Girl sekarang. FREE POSTAGE... Klik DISINI untuk tempahan atau boleh PM di FB kami RN'Online Shop.
Harga Semenanjung : RM21.00
Harga Sabah/Sarawak: RM24.00
** Harga termasuk kos penghantaran
Sinopsis:
PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka!
Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang
disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?!
Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada
di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat
terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan
titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan
merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka,
tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada
‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah
keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang
sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan
helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur
menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu
saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang
dibenci?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan