Assalamualaikum Dan Salam Ceria Semua....
Meh baca sinopsis Novel The Wedding Breaker. Kalau berminat boleh beli dengan kami. FREE POSTAGE tau...
Semenanjung : RM25
Sabah/Sarawak : RM28
( FREE POSTAGE )
“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum
Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa
bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal.
Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin
lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa
tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis
pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya
Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat
perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa
yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.
“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now.
I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya?
Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu
kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu
dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir
dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat
dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang
ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan