Assalamualaikum dan Salam Ceria semua...
Novel terhangat dipasaran... Jangan lupa dapatkan novel Aku Bukan Mistress sekarang....
SEMENANJUNG: RM 22.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00
(FREE POSTAGE)
Sinopsis:
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia
tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan
yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih
lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan
nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan
menjadi buruan ramai wanita.
Dua tahun menghamba diri di dalam
penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula
mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih
janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis
membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari
sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam
benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan
perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu
menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai
seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi
Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa
membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah
tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan
rentak yang sama?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan