CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Selamat Datang Ke Blog ROSLEE RNUR ENTERPRISE,Felda Palong 12, Negeri Sembilan. Sokongan dari anda semua amat kami hargai. Terima Kasih.

Sabtu, 10 November 2012

Tempahan Cupcake...

Assalamualaikum dan Salam Ceria semua...

Alhamdulillah 2 minggu lepas kami menerima tempahan Cupcake daripada Jengka, Pahang. Terima kasih Pn.Zura. Cupcake ni nak dijadikan hantaran untuk adindanya yang tercinta pada 10/11/2012.

Untuk hantaran, kami buat ikut kehendak customer. Pn.Zura meminta cupcake diletakkan ditengah-tengah dan dikelilingi oleh bunga yang berwarna hijau beserta bunga kecil berwarna putih dan kuning. Hasilnya adalah seperti dibawah ni...

Untuk cupcake pula, kami membuat cupcake menggunakan cup bersaiz "L". Oleh kerana cupcake ini akan meneruskan perjalanan dari Palong, N.Sembilan ke Jengka, Pahang, kami mencadangkan kepada Pn.Zura untuk menggunakan Fondant icing. Kalau guna butter cream, dikuatiri akan cair pula icing nya bila sampai Jengka, Pahang.
Harga cupcake+fondant+simple deco= RM3.00
Cup size "L"

Terima Kasih .....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan