CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Selamat Datang Ke Blog ROSLEE RNUR ENTERPRISE,Felda Palong 12, Negeri Sembilan. Sokongan dari anda semua amat kami hargai. Terima Kasih.

Ahad, 21 April 2013

Tepung Segera Kek Keju @ Cheesecake

Assalamualaikum dan Salam Ceria....

Anda peminat kek keju @ cheesecake?? Tapi malas untuk membeli kek kegemaran anda di kedai-kedai kek yang berhampiran?

Jangan risau, sekarang anda boleh membuatnya sendiri di rumah dan rasanya..... CONFIRM SAMA macam kat kedai. Jadi kenapa perlu bersusah payah untuk membeli di kedai lagi??? Dapatkan segera tepung kek keju @ cheesecake yang amat enak dan mudah disediakan keluaran FARIN.


Tepung Kek Keju Mentega

(520gram)
Harga 1 pek = RM12 shj

Anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk menyukat tepung dan gula!
Tepung kek ini telah siapkannya untuk anda!
Setiap pek tepung kek keju mengandungi:
GULA (bahan A)
TEPUNG KEK (bahan B)
Anda hanya perlu tambah mentega, susu segar, telur, sunquick paste (jika suka) & Anda boleh memarut keju cheddar di atas adunan sebelum di bakar untuk menghasilkan sebiji kek keju yang sgt sedap!!!

Chilled Cheesecake

(berat +- 200gram)

 1 pek ........ RM25.00 

Tepung mix ini boleh menghasilkan kek keju bersaiz 7 inci.

Hanya ikuti step mudah di pek tepung! BANCUH & KERASKAN DI DALAM PETI AIS SELAMA 4-5 JAM! SIAP UNTUK DI MAKAN!
Anda akan teruja dengan hasilnya! sangat moist & rasa yang original!

 


 Untuk tempahan, sila click DISINI untuk melihat senarai harga.
Sila isi borang tempahan untuk menempah tepung kek segera.

APA TUNGGU LAGI........
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI....


Sabtu, 20 April 2013

RN'Online Shop DIY

Assalamualaikum dan Salam Ceria Semua...

Akhirnya ROSLEE RNUR Ent. dapat juga menghasilkan DIY untuk RN'Online Shop DIY. Untuk permulaan kami telah mengeluarkan DIY untuk buat Brooch. Insya'allah, kami akan mengeluarkan pelbagai DIY Craft dari masa kesemasa.

Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan dengan kadar kos penghantaran yang lebih murah mengikut permintaan anda.

KIT DIY ROSES BROOCH


Harga : RM 11.00 (termasuk kos penghantaran)
**Warna pre-cut rose yang akan diberikan adalah secara random.



 KIT DIY FABRIC BROOCH


 
Harga : RM 11.00 (termasuk kos penghantaran)
**Corak kain dan butang yang akan diberikan adalah secara random.


Sabtu, 6 April 2013

TEPUNG KEK SEGERA FARIN

Assalamualaikum dan Salam Ceria...

Apa khabar semua? Hari ini kami ingin memperkenalkan Tepung Kek Segera keluaran Farin. Memang sedap dan puas hati. Tepung kek ini confirm menjadi dengan sempurna. Bagi mereka yang tak pernah buat kek atau takut kek tak menjadi, inilah masanya untuk mencuba.

Tepung Kek Segera ini dijamin 100% HALAL. Keluaran bumiputera sepenuhnya. Cara penyediaan amat mudah. Semudah A, B, C.....

Setiap pek tepung kek ini mengandungi 3 ATAU 2 bungkusan (telah di lebel pek A, B dan X) yang lengkap dengan kandungan gula (A), Tepung kek (B) dan serbuk koko (X) untuk dijadikan sebagai topping kek.

Anda hanya perlu tambah telur, susu cair & minyak masak/minyak jagung (jangan risau kerana panduan lengkap disediakan di dalam pek tepung kek ini). Paling penting, ianya tahan lama!!!

Terdapat 3 jenis Tepung Kek Segera Farin. 

TEPUNG KEK COKLAT LEMBAB ISTIMEWA
 
 

TEPUNG KEK MENTEGA MARBLE
 


TEPUNG APAM POLKADOT

Terdapat banyak lagi Tepung Kek Segera Keluaran Farin, Kami akan up-date dari masa kesemasa...

 Untuk tempahan, sila click DISINI untuk melihat senarai harga.
Sila isi borang tempahan untuk menempah tepung kek segera.
APA TUNGGU LAGI........
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI....

 

Sabtu, 16 Mac 2013

Kad Kahwin ~ TQ Uncle Manoharan



Assalamualaikum dan Salam Ceria Semua...

Awal bulan Mac, kami menerima tempahan dari Uncle Manoharan. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk membuat kad perkahwinan anak perempuan beliau.

Kad perkahwinan ini katanya khas untuk kawan-kawan yang berbangsa Melayu dan Cina. Uncle memilih kad berwarna kuning. lemon. Nampak terang sikit katanya.

 

Thank you uncle....



Ahad, 10 Mac 2013

BLOG For Customer

Assalamualaikum dan Salam Ceria semua...

Alhamdulillah, rezeki datang lagi walaupun kesihatan tidak mengizinkan. Semalam baru siap buatkan BLOG untuk customer saya, Puan Ayu. Terima kasih yer sebab memberi kepercayaan untuk akak untuk "deko"kan blog Ayu.

Puan Ayu ialah seorang pelukis Henna yang berbakat. Memang cantik-cantik lukisan Henna nya. Terpegun saya melihatnya. AYU HENNA BRIDAL menerima tempahan melukis Henna untuk pertunangan, perkahwinan, perayaan dan sesiapa sahaja yang berhajat hendak memakai Henna samada ditangan atau dikaki atau dimana sahaja anggota badan.... Hehehehehe... panjang betul penerangan.

Ok kawan-kawan... mari kita sokong AYU HENNA BRIDAL untuk terus berjaya....

Klik pada gambar diatas untuk ke Blog AYU HENNA BRIDAL


 DAN!!!!! kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki blog sendiri tapi tak tahu nak buat, jangan malu, jangan segan, saya sedia memberikan perkhidmatan untuk anda dengan harga yang berpatutan....

Khamis, 28 Februari 2013

I'll Be Back Soon....

Assalamualaikum Dan Salam Ceria Semua...

Roslee RNur Enterprise dan RN'Online Shop ingin meminta maaf kerana tiada sebarang up-date buat masa ini. Keadaan saya masih tidak mengizinkan kerana masih belum sihat sepenuhnya.

Insya'allah, 15/3/2013 baru saya akan mulakan aktiviti kraf. Rakan-rakan blog dan FB doakan saya cepat sembuh seperti sediakala ya...

Harap Maaf dan Terima kasih.



Selasa, 5 Februari 2013

Novel Baru Lagi...

Assalamualaikum dan Salam Ceria..

Hari ini, ROSLEE RNUR ENTERPRISE nak up-date novel baru lagi.. Sebenarnya kami adalah pembekal Novel dan Majalah untuk Perpustakaan KEMAS Felda Palong 9, Gemas, Negeri Sembilan. Kebanyakan Novel yang kami bekalkan mendapat tempat dihati pengunjung Perpustakaan tersebut. Alhamdulillah.

Kepada anda yang ingin memiliki Novel Baru, bolehlah isi borang tempahan... Insya'allah kami akan balas seberapa segera yang boleh.


Harga Semenanjung : RM20.00
Harga Sabah/Sarawak: RM23.00
** FREE POSTAGE

Sinopsis:
Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.


"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?




Harga Semenanjung : RM19.00
Harga Sabah/Sarawak: RM22.00
** FREE POSTAGE
 
Sinopsis:
“Awak dah nampak saya depan mata awak, kan? Saya tak kisah kalau awak nak tarik diri daripada pertunangan ini sekarang. Saya terima segala keputusan awak.”

“Percayalah kepada jodoh yang ditetapkan oleh Allah ini ya, Deeba. Saya terima Deeba ikhlas kerana Allah.”

Nur Adeeba Addin - Rombongan merisik yang hadir membuatkan dia terpana. Tak betul agaknya lelaki yang datang merisiknya itu.Gara-gara saiz badannya yang comel, dia seringkali diejek gendut, debab, anak gajah, badak, tong dram, Doraemon, guni beras dan macam-macam lagi gelaran. Jadi mana mungkin lelaki sempurna seperti itu yang bakal dimilikinya?

Hadif Harith - Hatinya ikhlas memberi, kasihnya tulus menyinar meskipun sentiasa diragui. Ketampanannya digilai ramai namun cintanya utuh buat pemilik tubuh XXL.

Sehinggalah akad dilafazkan… Adeeba akur dengan landasan cinta itu.

“Deeba tau kan, abang tak suka Deeba rendahkan diri Deeba. Orang lain tak nampak apa yang abang nampak pada diri Deeba.”

“Nampak apa? Nampak lemak dekat badan Deeba ni?”

Hadir pula Qaisara, sepupu Hadif yang tak henti-henti menagih cinta.

Munirah, sahabatnya sendiri yang jatuh suka, dan juga gosip Hadif dengan Cik Irma yang melanda, membuatkan hati Adeeba kian curiga.

Benarkah masih ada ruang untuknya dicintai dan mencintai? Dan tak mampukah cinta seorang bersaiz XXL sepertinya menjadi realiti?