Assalamualaikum dan Salam Ceria..
Hari ini, ROSLEE RNUR ENTERPRISE nak up-date novel baru lagi.. Sebenarnya kami adalah pembekal Novel dan Majalah untuk Perpustakaan KEMAS Felda Palong 9, Gemas, Negeri Sembilan. Kebanyakan Novel yang kami bekalkan mendapat tempat dihati pengunjung Perpustakaan tersebut. Alhamdulillah.
Kepada anda yang ingin memiliki Novel Baru, bolehlah isi borang tempahan... Insya'allah kami akan balas seberapa segera yang boleh.
Harga Semenanjung : RM20.00
Harga Sabah/Sarawak: RM23.00
** FREE POSTAGE
Sinopsis:
Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk
tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual
burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah
bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah
keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa
pahitnya pernikahan itu
Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya.
Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!.
Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia
bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada
kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang
dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!
Mampukah
rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan
yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan
rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana
hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian
terbaik.
"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah
aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa
kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari
yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat
burger dia tu....
"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."
"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun
jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"
"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"
"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat
suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia
tu? Dia tu low class, kau tahu tak?
Harga Semenanjung : RM19.00
Harga Sabah/Sarawak: RM22.00
** FREE POSTAGE
Sinopsis:
“Awak dah nampak saya depan mata awak, kan? Saya tak kisah kalau awak
nak tarik diri daripada pertunangan ini sekarang. Saya terima segala
keputusan awak.”
“Percayalah kepada jodoh yang ditetapkan oleh Allah ini ya, Deeba. Saya terima Deeba ikhlas kerana Allah.”
Nur Adeeba Addin - Rombongan merisik yang hadir membuatkan dia terpana.
Tak betul agaknya lelaki yang datang merisiknya itu.Gara-gara saiz
badannya yang comel, dia seringkali diejek gendut, debab, anak gajah,
badak, tong dram, Doraemon, guni beras dan macam-macam lagi gelaran.
Jadi mana mungkin lelaki sempurna seperti itu yang bakal dimilikinya?
Hadif Harith - Hatinya ikhlas memberi, kasihnya tulus menyinar meskipun
sentiasa diragui. Ketampanannya digilai ramai namun cintanya utuh buat
pemilik tubuh XXL.
Sehinggalah akad dilafazkan… Adeeba akur dengan landasan cinta itu.
“Deeba tau kan, abang tak suka Deeba rendahkan diri Deeba. Orang lain tak nampak apa yang abang nampak pada diri Deeba.”
“Nampak apa? Nampak lemak dekat badan Deeba ni?”
Hadir pula Qaisara, sepupu Hadif yang tak henti-henti menagih cinta.
Munirah, sahabatnya sendiri yang jatuh suka, dan juga gosip Hadif
dengan Cik Irma yang melanda, membuatkan hati Adeeba kian curiga.
Benarkah masih ada ruang untuknya dicintai dan mencintai? Dan tak
mampukah cinta seorang bersaiz XXL sepertinya menjadi realiti?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan