CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Selamat Datang Ke Blog ROSLEE RNUR ENTERPRISE,Felda Palong 12, Negeri Sembilan. Sokongan dari anda semua amat kami hargai. Terima Kasih.

Rabu, 31 Oktober 2012

Fabric Brooch2

Assalamualaikum dan Salam Ceria semua...

Kami nak up-date Fabric Brooch yang dipadankan dengan butang yang beraneka corak.

RM2.50 / 2 pcs
BR13- SOLD
RM2.50 / 2 pcs
RM2.50 / 2 pcs
BR17 & BR18- SOLD
RM2.50 / 2 pcs
RM2.50 / 2 pcs


Crochet Brooch 2

Assalamualikum dan Salam Ceria....

Hari ini kami nak up-date new crochet brooch. Harga tetap sama macam yang lepas-lepas. Selamat "Bershopping"....

Model kami yang cute...
RM2.00 / pcs
RM2.00 / pcs
RM2.00 / pcs


Rabu, 24 Oktober 2012

Novel Murah 3

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Novel murah 3 kembali lagi.... Jangan ketinggalan untuk memilikinya.... Harga termurah dipasaran..

LAMARAN KEDUA - MA LEE CHUSWAN
HARGA BUKU : RM 19.90  RM 10.00  SOLD!!!
My Rating : 4/5 stars
Sinopsis:
Tatkala rindu sudah sampai ke penghujung, impian berkocak duka. Kasih yang berlorek indah kiranya hanya seperti pelangi senja... satu, satu pergi dan hilang.




SOLD TO NURUL IZZATI- TQ











MADU IMPIAN - MATT ROMEO
HARGA BUKU : RM 15.90  RM 6.00
My Rating : 3/5 stars
Sinopsis: 
"You tak takut?"
"Nak takut apa? Takkan you nak apa-apa kan I."
"Kalau I apa-apakan you?"
"I jerit..."
Huh.. gurau jenis inilah yang paling aku menyampah. Ajak aku tidur, lepas tu nak jerit-jerit. Kalau hendak dikira statusnya, samalah dengan mengajak orang naik kereta, lepas tu matikan enjin.
"Kalau you jerit, I pekup mulut you..."
"Really? Well... kalau macam tu, I biarkan ajalah you buat apa yg you nak..."






PILOT CAFE - AHADIAT AKASHAH & ZURAIDAH OTHMAN
HARGA BUKU : RM 19.90   RM 10.00 SOLD!!!
My Rating: 4/5 stars
Sinopsis:
kehidupan ini bermula di mana-mana...
tak menentu indah ataupun gundah
bila MAYA kehilangan jantung hatinya...
dia bertemu AMEER...
lelaki yang hanya tau menodai cinta.
bermula dengan SECANGKIR KOPI PANAS DI PILOT CAFE...
segala-galanya berubah untuk mereka berdua.
AMEER mula merasai apa itu cinta manakala MAYA
belajar untuk menolak cinta yang suci.
bagaimanakah akhirnya kemelut dua insan yang
sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini.
SHARMILA, DR KHALEED dan RASYID... mereka pula
insan-insan yang terperangkap di dalam kemelut cinta ini..


JEALOUS LA PULAK - LIANA AFIERA MALIK
HARGA BUKU : RM 25.90  RM  13.00 SOLD!!!
My Rating : 4/5 stars
Sinopsis:
Kenapa Kuzer tinggalkan aku begitu aja? Salahkah apa yang aku cakap? kenapalah dia tak faham isi hati aku? Semua orang dah tak sehaluan dengan aku! Dia orang semua buruk sangka dengan aku. Tuduh aku tak setia. Tuduh aku tak reti menghargai perasaan orang lain. Aku bosan! Aku cuma nak Nudin berasa dihargai. Itu aja! Aku pernah terhutang nyawa dengannya...So dia dah terlantar macam tu, salah ke aku hiburkan hati dia?









AURA CINTA - AINA EMIR
HARGA BUKU : RM 19.90  RM 10.00  SOLD!!!
My Rating : 5/5 stars
Sinopsis:
AURA CINTA menemukan anda kepada Azraai, lelaki melayu yang bertubuh tegap lagi tinggi orangnya. Perjalanan hidupnya mula goyah bila pertama kali bersua dengan sesuatu yang dianggap aneh lagi pelik. Mengapa tiba-tiba saja dirinya teruja?

Aisya Hanan dan Cikgu Sally...mencabar jiwanya yang selama ini dirasakan aman dan tenteram. Dalam kekeliruan, Azraai tidak mampu untuk menepis kasih sayang Nurbaiti, gadis cantik lagi bijak, yang bukan hanya merupakan pilihan ibu tapi gadis itu juga sudah lama taat menantinya. Di manakah letaknya nilai kasih seorang gadis matang, berjiwa murni, sopan santun dan berakhlak tinggi?? Bukankah dia mempunyai pakej lengkap sebagai calon isteri??

Siapa pula Khairul, Anjang Sadang, Serhan Aydin dan Irfan???

Bukan mudah untuk memilih. Tidak juga mudah untuk mengembara ke alam realiti yang penuh fantasi dan ilusi. Anda akan dibawa ke kawasan perkampungan Orang Asli, di daerah Kuala Lipis, Pahang, satu kawasan hutan tropika yang meninggalkan banyak teka-teki untuk Azraai. Panoramanya cukup indah, namun tetap berbeda dari yang biasa. Anda juga akan ke Lembah Kelang dan negara Belgium dalam novel ini. Sama-samalah bertemu dengan karakter-karakter yang semestinya akan membuat anda berkhayal, sambil menimba ilmu yang padat dibekalkan penulis.



KLIK DISINI UNTUK MENGISI BORANG TEMPAHAN.
REBUTLAH SEKARANG.....  

Isnin, 22 Oktober 2012

Novel Murah 2....

Assalamualikum dan Salam Ceria...

Koleksi novel kembali lagi... Walaupun 2nd hand, kualitinya masih baik dan harganya MURAH. Jangan lepaskan peluang... Belilah secara online di RN'Online Shop.

MENYEMAI CINTA - IFFA IRDINA
HARGA BUKU : RM 21.90  RM 12.00  SOLD!!!
My Rating: 4/5 stars
Sinopsis:
Hidup selepas kematian seorang ayah begitu sukar. Terpaksa bekerja keras dan mengenepikankeseronokan hidup seorang remaja demi untuk keselesaan diri dan adik-adik. Kasih terhadap ibu yang tiada tempat bergantung membuatkan dia redha dengan takdirnya. Namun hadirnya sinar kasih seorang jejaka telah mengubah seluruh hidupnya. Vinta baginya terlalu asing. Dia tidak pernah mengecapinya. Malah tidak pernah mengimpikan segulung ijazah. Demi mengubah taraf hidup mereka. Tetapi keluhuran cinta seorang lelaki yang selama ini dianggap abang membuatkan dia terpaku. Permintaan ibu agar menerima lamaran yang datang membuatkan dia kecewa. Dunianya seakan berakhir. Namun kasih terhadap ibu mengatasi segalanya. Lamaran itu diterima dan dia teruja dengan kasih yang dihambur. Terlalu luhur cinta itu. Terlalu indah pula nikmatnya... membuatkan dia mendyukuri kurniaan Ilahi yang satu itu.
 


KEMBALIKAN CINTAKU - NORHAYATI BERAHIM
HARGA BUKU : RM 24.00  RM 15.00  SOLD!!
My Rating: 4/5 stars
Sinopsis:
Rasanya tidak pernah seorang pun manusia di dunia mememohon untuk merasa untuk sakit. Dicintai dan ditinggalkan pergi. Begitu juga Wardina. Dicintai juga tidak pernah dipinta apatah lagi ditinggalkan. Di saat bulan madu masih merah menyala, Zafrul suaminya pergi tanpa khabar berita. Wardina tertekan dan kadangkala rasa terhina. Pantasnya seorang lelaki berjanji, pantasnya mereka pergi. Namun sebagai manusia, Wardina harus akur takdir yang telah diaturkan untuknya…









KLIK DISINI UNTUK MENGISI BORANG TEMPAHAN.
REBUTLAH SEKARANG.....  

Sabtu, 20 Oktober 2012

Novel Murah

Assalamualikum dan Salam Ceria,

Hari ini kami ingin menjual Novel dengan harga yang murah. Novel-novel tersebut ialah hasil koleksi peribadi kami. Kualiti novel ini masih baik. Kepada peminat novel-novel tempatan bolehlah beli secara online di RN'Online Shop kami....

SEREDUP KASIHMU- NIA AZALEA
HARGA BUKU : RM 19.90  RM 10.00  SOLD!!!
My Rating: 3/5 stars

Sinopsis :
KISAH silam Lea Haryani sentiasa menghantui hidupnya. Lea Haryani dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan kedua orang tuanya. Setelah ibunya meninggal dunia, Mak Longnya, Sutinah memeliharanya sehingga dewasa.

Lea Haryani tidak begitu senang dengan sikap Mak Longnya. Apa sahaja yang dilakukan oleh Lea Haryani tidak menyenangi hati Mak Long. Ada-ada sahaja kesalahan yang dicari. Bukan itu sahaja, Mak Long juga suka mengungkit asal-usul keturunan menyebabkan Lea Haryani terasa kerdil untuk berhadapan dengan masyarakat.

Setelah dewasa dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, sikapnya yang pasif terbawa-bawa hingga ke universiti. Di universiti dia tidak mempunyai kawan rapat melainkan kawan sebilik bernama Suziyan.

Emir Safwan yang satu kuliah dengan Lea Haryani cuba menggodanya tetapi tidak dilayan. Pelbagai cara dilakukan oleh Emir Safwan untuk memikat hati Lea Haryani namun tidak berhasil. Dengan bantuan Profesor Halim, akhirnya Lea Haryani dipertemukan dengan Emir Safwan.

Mama Emir Safwan tidak berkenan dengan Lea Haryani dan menyuruh anaknya itu memilih Syamen, anak Datin Jawaher. Emir Safwan tetap dengan pendirian memilih Lea Haryani. Akhirnya berlakulah konflik. Lea Haryani mengalah dan menyuruh Emir Safwan akur dengan pilihan mamanya. Emir Safwan tidak boleh terima kerana hatinya benar-benar mencintai Lea Haryani. Berjayakah Emir Safwan memujuk hatinya yang telah terluka untuk menawan hati Lea Haryani kembali? Berapa mahalkah harga yang harus dibayar untuk satu kemaafan?


KERANAMU AIN.... - NOOR SURAYA
HARGA BUKU : RM 16.90  RM 7.00  SOLD!!!
My Rating: 5/5 stars
Sinopsis:
Dia pintar dan kadang-kadang garang tetapi menarik. Dia penyayang dan kadang-kadang terlalu sensitif tetapi pemaaf. Yang pasti Ain ialah insan dalam dunia dengan gayanya yang tulen. Anggun dalam darjahnya yang tersendiri. Indah dalam peribadinya yang sempurna.








JATUH HATI.... - HASMIRA HASSAN
HARGA BUKU : RM 19.90  RM 10.00 SOLD TO ZURA
My Rating: 3/5 stars 

Sinopsis:
Fahmi dan Riana mengikat kontrak sebagai pasangan kekasih selama tiga bulan terakhir mereka di Univeristi kerana ingin merasai bagaimana bercinta dan berpasangan di alam kampus. Mereka berjanji tidak akan melampaui batas perhubungan yang di hadkan. Tiada cinta dan rindu yang harus hadir dalam perhubungan mereka. Namun kerana terleka menghabiskan masa bersama, cinta dan rindu hadir jua. Fahmi dan Riana panik apabila mula menyedari batas yang telah mereka langgari. Demi mempertahankan ego, Fahmi dan Riana cuba menyembunyikan perasaan masing-masing. Berjayakah mereka sedangkan ego masing-masing telah rebah direjah rindu yang mebuak-buak? 



KAU YANG SATU - NIA AZALEA
HARGA BUKU : RM 14.00  RM 6.00  SOLD TO ZURA
My Rating: 5/5 stars 

Sinopsis:
Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cjina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.

Taufik tidak setuju denagn cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.

Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?  


KLIK DISINI UNTUK MENGISI BORANG TEMPAHAN.
REBUTLAH SEKARANG..... 

Ahad, 14 Oktober 2012

Online Shop....

JOM BER"SHOPPING" DI RN'ONLINE SHOP 

 Kami akan menjual pelbagai barangan secara online.. Teruskan bersama kami...

TERIMA KASIH & THANK YOU

 

Jumaat, 12 Oktober 2012

Tempahan Coklat Dari Ain..

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Tempahan coklat lolipop untuk "besday" anak buah Ain. Thanks Ain..






Rabu, 10 Oktober 2012

Hantaran Bertemakan Pink Dan Maroon

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Gambar ni dah lama, tapi baru nak upload ke blog. Gubahan hantaran bertemakan Pink dan Maroon. Simple tapi menarik. Hantaran Cik Rosnani kepada Suami tercinta.

Set dompet dan tali pinggang
Kemeja dan seluar panjang
Sepasang kasut
  

Rabu, 3 Oktober 2012

Fabric Brooch

Assalamualikum dan Salam Ceria,

Hari ini kami ingin memperkenalkan Fabric Brooch kepada semua. Berapa harganya??? HANYA RM2.50 / 2 pcs (harga tidak temasuk kos penghantaran). Untuk belian 5 pasang , akan mendapat 1 Fabric Brooch secara PERCUMA.....  Apa tunggu lagi... Jom "bershopping"...

BR02 - SOLD
BR04 - SOLD
BR03 - SOLD

BR05 - SOLD & BR06 - SOLD
BR07 - SOLD
BR08 - SOLD

BR10 - SOLD
BR09- SOLD
BR11 - SOLD

Sekiranya anda ingin membeli 3 fabric brooch + 2 crochet brooch, anda juga akan mendapat 1 FABRIC BROOCH SECARA PERCUMA...


RN'Online Shop :