CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Selamat Datang Ke Blog ROSLEE RNUR ENTERPRISE,Felda Palong 12, Negeri Sembilan. Sokongan dari anda semua amat kami hargai. Terima Kasih.

Sabtu, 20 Oktober 2012

Novel Murah

Assalamualikum dan Salam Ceria,

Hari ini kami ingin menjual Novel dengan harga yang murah. Novel-novel tersebut ialah hasil koleksi peribadi kami. Kualiti novel ini masih baik. Kepada peminat novel-novel tempatan bolehlah beli secara online di RN'Online Shop kami....

SEREDUP KASIHMU- NIA AZALEA
HARGA BUKU : RM 19.90  RM 10.00  SOLD!!!
My Rating: 3/5 stars

Sinopsis :
KISAH silam Lea Haryani sentiasa menghantui hidupnya. Lea Haryani dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan kedua orang tuanya. Setelah ibunya meninggal dunia, Mak Longnya, Sutinah memeliharanya sehingga dewasa.

Lea Haryani tidak begitu senang dengan sikap Mak Longnya. Apa sahaja yang dilakukan oleh Lea Haryani tidak menyenangi hati Mak Long. Ada-ada sahaja kesalahan yang dicari. Bukan itu sahaja, Mak Long juga suka mengungkit asal-usul keturunan menyebabkan Lea Haryani terasa kerdil untuk berhadapan dengan masyarakat.

Setelah dewasa dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, sikapnya yang pasif terbawa-bawa hingga ke universiti. Di universiti dia tidak mempunyai kawan rapat melainkan kawan sebilik bernama Suziyan.

Emir Safwan yang satu kuliah dengan Lea Haryani cuba menggodanya tetapi tidak dilayan. Pelbagai cara dilakukan oleh Emir Safwan untuk memikat hati Lea Haryani namun tidak berhasil. Dengan bantuan Profesor Halim, akhirnya Lea Haryani dipertemukan dengan Emir Safwan.

Mama Emir Safwan tidak berkenan dengan Lea Haryani dan menyuruh anaknya itu memilih Syamen, anak Datin Jawaher. Emir Safwan tetap dengan pendirian memilih Lea Haryani. Akhirnya berlakulah konflik. Lea Haryani mengalah dan menyuruh Emir Safwan akur dengan pilihan mamanya. Emir Safwan tidak boleh terima kerana hatinya benar-benar mencintai Lea Haryani. Berjayakah Emir Safwan memujuk hatinya yang telah terluka untuk menawan hati Lea Haryani kembali? Berapa mahalkah harga yang harus dibayar untuk satu kemaafan?


KERANAMU AIN.... - NOOR SURAYA
HARGA BUKU : RM 16.90  RM 7.00  SOLD!!!
My Rating: 5/5 stars
Sinopsis:
Dia pintar dan kadang-kadang garang tetapi menarik. Dia penyayang dan kadang-kadang terlalu sensitif tetapi pemaaf. Yang pasti Ain ialah insan dalam dunia dengan gayanya yang tulen. Anggun dalam darjahnya yang tersendiri. Indah dalam peribadinya yang sempurna.








JATUH HATI.... - HASMIRA HASSAN
HARGA BUKU : RM 19.90  RM 10.00 SOLD TO ZURA
My Rating: 3/5 stars 

Sinopsis:
Fahmi dan Riana mengikat kontrak sebagai pasangan kekasih selama tiga bulan terakhir mereka di Univeristi kerana ingin merasai bagaimana bercinta dan berpasangan di alam kampus. Mereka berjanji tidak akan melampaui batas perhubungan yang di hadkan. Tiada cinta dan rindu yang harus hadir dalam perhubungan mereka. Namun kerana terleka menghabiskan masa bersama, cinta dan rindu hadir jua. Fahmi dan Riana panik apabila mula menyedari batas yang telah mereka langgari. Demi mempertahankan ego, Fahmi dan Riana cuba menyembunyikan perasaan masing-masing. Berjayakah mereka sedangkan ego masing-masing telah rebah direjah rindu yang mebuak-buak? 



KAU YANG SATU - NIA AZALEA
HARGA BUKU : RM 14.00  RM 6.00  SOLD TO ZURA
My Rating: 5/5 stars 

Sinopsis:
Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cjina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.

Taufik tidak setuju denagn cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.

Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?  


KLIK DISINI UNTUK MENGISI BORANG TEMPAHAN.
REBUTLAH SEKARANG..... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan