CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Selamat Datang Ke Blog ROSLEE RNUR ENTERPRISE,Felda Palong 12, Negeri Sembilan. Sokongan dari anda semua amat kami hargai. Terima Kasih.

Sabtu, 3 November 2012

Novel Murah 4

Assalamualaikum dan Salam Ceria Semua....

Jangan lupa dapatkan Novel Murah di sini... Walaupun "2nd hand", kualiti buku tetap terjamin.

EGOIS - NORHAYATI BERAHIM
HARGA : RM 12.00  RM 6.00 SOLD!!!
Sinopsis:
ATIA dan Fikri berkawan sejak di bangku sekolah dan sama-sama bekerja sebagai remiser. Hubungan mereka telah diketahui oleh keluarga masing-masing. Tetapi bagi Atia, sbg seorang perempuan dia tidak mahu mempamerkan emosinya sama ada dia menyukai Fikri sbg kekasih atau sekadar sahabat.

Lain pula dgn Fikri. dia sememangnya menyintai Atia ttp sengaja hdk menguji gadis itu. dia mula mereka cerita yang dia sudah bertunang. Atia walaupun tidak mengaKu sebenarnya dia menyintai Fikri berasa amat kecewa dengan berita pertunangan itu.

Kebetulan pula, selepas emak Atia, Ramlah meninggal dunia Atia diberitahu oleh ayahnya Haji Idris yg emaknya itu mempunyai seorang kakak. Kakak emaknya itu yg dipanggil Mak Long ada seorang anak bernama Azali.

seJak itu, setiap hujung minggu Atia selalu mengunjungi Mak Longnya. Dari situ, hubungan Atia dengan Azali bertambah rapat. Haji Idris melahirkan kebimbangannya apabila Azali mahu meminang Atia. Sesuatu yg Atia dan Azali tidak tahu ialah mrk tdk boleh berkahwin krn mrk sebenarnya adik-beradik. Sbenarnya, Azali adalah anak kandung Haji Idris berkahwin krn sblm mengahwini emak Atia, dia pernah berkahwin dengan Hasnah ataupun Mak Long kpd Atia itu. Atia sgt kecewa apabila mengetahui kebenaran tersebut sehingga dia membuat keputusan utk ke luar negara.

Fikri menjadi kelam kabut apabila mendapat tahu Atia hendak berhenti kerja. Dia cuba menjelaskan perkara sebenar pada Atia tapi Atia enggan menerimanya. Oleh kerana tidak mempunyai cara lain, Fikri terpaksa membuat pelan yg agak keterlaluan utk menjelaskan segalanya kpd Atia sblm gadis kesayangannya itu terlepas jauh. Dgn bantuan Halimah, kakak Atia dan rakan-rakan sekerja lain, Fikri menculik Atia.

KASIH TERAKHIR - FATHILLAH ANAS
HARGA : RM 14.90  RM 7.OO SOLD!!!
Sinopsis:
Dia kecewa bila cintanya diketepikan begitu sahaja. Dia benci bila pelariannya dijejaki walau kemana sahaja. Dia marah bila kesuciannya diragut tanpa rela. Selama bebelas tahun, pergaulannya disekat dan kebebasannya diikat. Salahkah dia kerana menjadi mangsa salahlaku seorang ayah?











PERGILAH SEPI - FAUZIAH ASHAARI
HARGA : RM 12.00  RM 6.OO  SOLD!!!!
Sinopsis:
Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila terjadinya peristiwa yang mengaibkan.

Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq,bagaimanakah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagian.

Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh di sudut hati, Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertamanya.

Kata orang, kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di hati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah sangka?

JALINAN KASIH - PUTERI ANDALAS
HARGA : RM 12.00  RM 6.00 SOLD!!!
Sinopsis:
Cinta tidak mengenal bangsa. Mengimbau kembali lorong berduri yang pernah disusuri. Rosalina rela meninggalkan agama asal demi kasihnya pada Hadi. Agung sungguh perasaan yang bernama cinta, meskipun
terpaksa buang emak, buang saudara namun perkahwinan penuh kerikil ini tetap diteruskan.

Tiada siapa mengimpikan perpisahan. Trauma kehilangan Hadi di saat Rosalina berjuang melahirkan Aliff diterimanya sebagai ketentuan takdir yang ingin menguji keimanannya. Pun, hidup perlu diteruskan.
Berdiri atas kasih sejati seorang Islam, Rosalina akur dengan tanggungjawab untuk mempertahankan akidahnya.

Kehadiran semula Rodney, pemuda kanada yang pernah singgah di hati bagaikan mencabar ketakwaannya. Saat diri berada dalam kekeliruan, ketulusan Dr. Hilmi yang ingin mengisi ruang bahagia bersamanya menambah resah di dada. Tidak sanggup dibelenggu kenangan lalu, hatinya terbuka menerima pengganti. Apatah lagi menatap bening mata Aliff yang rindukan belaian seorang ayah, membuatkan Rosalina
terpaksa memilih antara dua.

JALINAN KASIH. keunikan sejarah cinta dua insan dalam lingkaran kehidupan sosial masa kini. sesungguhnya, cinta bersifat universal. Abadinya kasih suci, tidak membatasi konflik keluarga, keturunan,
budaya malah antara dua benua sekalipun. Hanya kekuatan dan keyakinan diri dapat mengatasi segala rintangan yang melanda.

KAU UNTUKKU - AISYA SOFEA
HARGA : RM 19.90  RM 10.00  SOLD!!!
Sinopsis:
Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan