Assalamualaikum dan Salam Ceria Semua,
Alhamdulillah, semua NOVEL MURAH telah HABIS dijual. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berurus niaga dengan kami secara online atau offline.
Kepada anda yang minat membaca Novel, kami juga ada menjual NOVEL BARU. Harganya amat berpatutan... Yang penting FREE POSTAGE... Menarik bukan. Anda hanya perlu membayar harga buku sahaja, kan pihak posman akan menghantar terus ke rumah anda. APA TUNGGU LAGI!!!!!
Harga Semenanjung : RM22.00
Harga Sabah/Sarawak: RM25.00
** FREE POSTAGE
Sinopsis:
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu
menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut
mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani,
hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran
untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah
keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak
mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu
baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat
menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia
belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya.
Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum
biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang
dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa
pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
Harga Semenanjung : RM26.00
Harga Sabah/Sarawak: RM29.00
** FREE POSTAGE
Sinopsis:
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi
pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris
Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana
sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F,
bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa
Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.
Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya,
entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali
Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki
itu.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa
dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti
sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula
berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah
ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul?
Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F
melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang
sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina,
bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta
daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang
dicintainya sebagai kakak ipar?
Harga Semenanjung : RM22.00
Harga Sabah/Sarawak: RM25.00
** FREE POSTAGE
Sinopsis:
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak
menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya
mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel
dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu.
Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin
menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.
Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan
pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang
pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung
pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi
menyempurnakan hasrat nenek.
Sepanjang berada di luar negara,
Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa
benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura
melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja.
Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat
rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.
Bertahun
berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya
menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial
untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu
apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek
yang ingin menetap bersama mereka.
Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?
Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri
kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya
dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.
Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang
langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut
salam perkenalan daripada Zafril?
Kehadiran bunga-bunga orkid
misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani
semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup
melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang
untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia
hingga akhirnya?
Harga Semenanjung : RM21.00
Harga Sabah/Sarawak: RM24.00
** FREE POSTAGE
Sinopsis:
Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk!
Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia.
Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh
untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar
yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!
Nuqman Hakim
Bertunang,
banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi
nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus
pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir
heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau
dok sibuk buat perkara tak senonoh!
Mya Zara
Bila berdua
dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya
biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di
hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama
ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah
memilikinya.
"Awak suka saya tak?" – Mya Zara
"Aku… aku suka Dibo!" – Luqman Hakim
Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar
tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor
mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang
secara tiba-tiba.
"Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu.
Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada
abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang
akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!"
– Nuqman Hakim
Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian
bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi
Luqman tentang perempuan dan cinta?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan