Assalamualaikum dan Salam Ceria Semua,
Alhamdulillah, sekarang tengah demam Cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia dan Teduhan Kasih kat TV3... Rating Novel ni memang mencanak-canak naiknya. Kepada sesiapa yang ketinggal mengikuti cerita tersebut di TV, bolehlah baca novelnya. Seperti biasa..... FREE POSTAGE...
Harga Semenanjung : RM30.00
Harga Sabah/Sarawak: RM33.00
** FREE POSTAGE
Sinopsis:
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing
berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira
dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti
lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk
memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada
satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu
kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu
terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin
perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi
sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah
sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri
langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan
atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih
bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut
Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya
mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu
kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula
menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa
pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya
ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok
filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa
Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang
menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak
disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya
pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar.
Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah
terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi
mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak
menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan
kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi
milik mereka?
Harga Semenanjung : RM22.00
Harga Sabah/Sarawak: RM25.00
** FREE POSTAGE
Sinopsisi:
"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau
nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut
kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.
Sampainya hati
Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri,
tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku
mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.
Dan ketika aku
merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang
bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali
gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan
dan kenangan semalam.
"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab
Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun
abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak
abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu
kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak
akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan
abang ini." -EHSAN.
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan
lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang.
Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa
lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku?
Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.